MENU UTAMA
PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
DAKWAH
PENDIDIKAN
PENGURUSAN MASJID
PENDAKWAAN
PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG PENGURUSAN KELUARGA
GALERI
BAHAGIAN PENDIDIKAN

OBJEKTIF

  • Melahirkan generasi berilmu, berakhlak, dan bertaqwa kepada Allah.
  • Melahirkan bakal pemimpin dan ulamak yang berwibawa yang mampu memajukan umat.
  • Melahirkan pelajar agama yang mahir bahasa Arab dan mampu menguasai agama daripada sumber yang asal.

BIDANG TUGAS

  • Mengurus perjalanan 12 SMA, Maahad Tahfiz dan 6 buah SRABT.
  • Merancang, melaksana dan memantau program-program kecemerlangan guru dan pelajar.
  • Pengurusan kewangan, harta modal, inventori, alatan pejabat dan penyelenggaraan sekolah.

FUNGSI

Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir dan mengurus Sekolah Menengah Agama Negeri , Sekolah Rendah Agama Bersepadu Negeri Terengganu ( SRABT ) dan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Terengganu. Selain daripada sekolah berkenaan, Bahagian Pendidikan juga bertanggungjawab mentadbir Kolej Islam Sains Terengganu ( KIST ) Kuala Berang dengan kerjasama Yayasan Terengganu.

Sekolah Menengah yang berkenaan adalah:

1. SMA. ( Atas ) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu ( Berasrama Penuh ).
2. SMA. Maarif, Besut, Terengganu.
3. SMA. Ittifakiah, Jertih, Terengganu.
4. SMA. Setiu, Permaisuri, Terengganu.
5. SMA. Khairiah, Kuala Terengganu ( Perempuan Sahaja )
6. SMA. Sultan Zainal Abidin, Ladang Kuala Terengganu ( Lelaki sahaja )
7. SMA. Mahmudiah, Kuala Berang.
8. SMA. Marang, Marang, Terengganu.
9. SMA. Sultan Ismail, Dungun, Terengganu.
10. SMA. Al Falah, Kemaman, Terengganu.
11. Kolej Sains Pendidikan Islam Terengganu ( KOSPINT ) Berasrama Penuh.

Sekolah Rendah Agama Bersepadu

1. Sekolah Rendah Agama Bersepadu Khairiah, Kuala Terengganu.
2. Sekolah Rendah Agama Bersepadu Al Falah, Kemaman.
3. Sekolah Rendah Agama Bersepadu Sultan Ismail, Dungun.
4. Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mahmudiah, Kuala Berang.
5. Sekolah Rendah Agama Bersepadu Maarif, Besut.
6. Sekolah Rendah Agama Bersepadu Ittifakiah, Jertih.

 

BULETIN

JEMPUTAN KE KULIAH ILMU (KELAS TAFAQQUH FIDDIN GURU-GURU TAKMIR) SETIAP KHAMIS / 8.30-9.30 PG/ DEWAN SYARAHAN, TING.4, JHEAT

     
HAK CIPTA TERPELIHARA JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU